Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959

← 1955 19 Ogos 1959 1964 →

Semua 104 kerusi dalam Dewan Rakyat
53 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar2,133,272
Pengundi hadir1,564,575 (73.34%)
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Tunku Abdul Rahman Burhanuddin al-Helmy Ahmad Boestamam
Parti Perikatan PMIP BS
Pilihan raya
lepas
81.68%, 51 kerusi 4.06%, 1 kerusi 0.48%, 0 kerusi
Kerusi yang
dimenangi
74 13 8
Perubahan kerusi 23 12 8
Undian popular 800,944 329,070 199,688
Peratusan 51.77% 21.27% 12.91%
Peralihan undi 29.91pp 17.21pp 12.43pp

  Parti keempat Parti kelima Parti keenam
  PPP Negara MP
Pemimpin D. R. Seenivasagam Onn Jaafar Tan Kee Gak
Parti PPP Parti Negara Parti Malaya
Pilihan raya
lepas
0.11%, 0 kerusi 7.88%, 0 kerusi
Kerusi yang
dimenangi
4 1 1
Perubahan kerusi 4 1 Baharu
Undian popular 97,391 32,578 13,404
Peratusan 6.29% 2.11% 0.87%
Peralihan undi 6.18pp 5.77pp New

Keputusan mengikut kawasan

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Tunku Abdul Rahman
Parti Perikatan

Perdana Menteri-designate

Tunku Abdul Rahman
Parti Perikatan

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 merupakan pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) selepas kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Pilihan raya ini diadakan pada hari Rabu, 19 Ogos 1959 dan ia juga merupakan pilihan raya umum yang kedua di Semenanjung Malaysia.

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaya (MCA); dan Kongres India Malaya (MIC) yang mewakili tiga kaum yang utama di Persekutuan Tanah Melayu memenangi 74 daripada 104 kerusi dalam Dewan Rakyat. Ini merupakan satu majoriti sebanyak 71.1% dalam Dewan Rakyat, walaupun parti campuran ini hanya memperoleh 51.7% daripada jumlah undi. Pencapaian 71.1% ini adalah jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk kerajaan. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 48.3% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 30 kerusi yang tinggal.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search